Tuesday, June 29, 2010

Tahun 6: (3.3.18) Adab Kecintaan Kepada Negara

Aras 1 :
1. Murid dapat menyebut konsep kecintaan kepada negara.
    ( Cinta dan setia kepada negara )
2. Menyatakan adab dan kecintaan kepada negara :
     2.1. Menghormati undang-undang.
     2.2. Taat kepada pemimpin.
     2.3. Mematuhi Rukun Negara.
     2.4. Menjadi warga negara yang baik.
3. Memupuk perasaan cinta kepada negara.
4. Wajib mempertahankan negara.

Aras 2 :
1. Murid dapat menyenaraikan kebaikan mencintai negara :
     1.1. Keselamatan negara terjamin.
     1.2. Negara akan disanjung dan disegani.
     1.3. Sanggup berkorban untuk negara.
     1.4. Rahsia negara selamat.
2. Bersatu padu mempertahankan negara.

Aras 3 :
1. Menjelaskan akibat tidak mencintai negara :
     1.1. Perpaduan kaum tidak terjamin.
     1.2. Negara menjadi lemah dan mundur.
     1.3. Keselamatan negara tidak terjamin.
     1.4. Imej negara tercemar.
2. Haram mengkhianati negara.

Tahun 6: (3.4.8) Adab Menjaga Kebersihan Sekolah

Aras 1 :
1. Murid dapat menyebut adab menjaga kebersihan sekolah :
     1.1. Mematuhi peraturan sekolah mengenai kebersihan.
     1.2. Menggunakan tong / bakul sampah.
     1.3. Menggunakan tandas dengan betul.
     1.4. Menjalankan tugas di kelas sebagaimana jadual bertugas harian.
2. Menyebut sebab-sebab perlu menjaga kebersihan sekolah.
3. Prihatin dengan peraturan sekolah.

Aras 2 :
1. Menyatakan hikmat menjaga kebersihan sekolah :
     1.1. Menimbulkan keseronokan untuk belajar.
     1.2. Mengekalkan keindahan dan keceriaan sekolah.
     1.3. Menjauhkan penyakit berjangkit.
     1.4. Mengukuhkan keimanan.
     1.5. Melambangkan kesucian Islam.
2. Wajib memelihara / menjaga kebersihan.

Aras 3 :
1. Menjelaskan akibat mengabaikan adab menjaga kebersihan sekolah :
     1.1. Imej sekolah tercemar.
     1.2. Iklim sekolah tidak selesa.
     1.3. Kesihatan terjejas.
     1.4. Penyakit mudah merebak.
2. Membaca dalil naqli menyeru supaya berbuat kebaikan :
    Ertinya : Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat
                 dan menyukai orang yang suci.
3. Bekerjasama menjaga kebersihan sekolah.

Tahun 6: (3.3.21) Adab Dengan Manusia Dan Makhluk Lain

Aras 1 :
1. Murid dapat menyatakan adab sesama manusia :
     1.1. Memberi salam / ucap selamat.
     1.2. Bertanya khabar.
     1.3. Menjaga hubungan Silaturrahim.
     1.4. Ziarah-menziarahi.
     1.5. Hormat-menghormati.
2. Menyatakan adab terhadap makhluk lain :
     2.1. Menjaga dan memeliharanya dengan baik.
     2.2. Menyayangi.
     2.3. Memanfaatkannya untuk perkara berfaedah.
3. Haram menganiayai binatang dan lain-lain.
4. Ihsan sesama makhluk.

Aras 2 :
1. Menjelaskan kebaikan beradab sesama manusia dan makhluk lain :
     1.1. Mendapat ganjaran pahala.
     1.2. Disayangi / dihormati / dihargai.
     1.3. Keselesaan hidup bermasyarakat.
2. Menyenaraikan keburukan tidak beradab sesama manusia dan makhluk lain :
     2.1. Tidak disukai oleh manusia dan makhluk lain.
     2.2. Berdosa.
     2.3. Dikutuk oleh makhluk.
3. Keharmonian hidup terjejas.
4. Bertimbang rasa sesama makhluk.

Aras 3 :
1. Mengklasifikasikan akhlak baik dan buruk dengan sesama makhluk.
2. Membaca dalil dan terjemahan hadith :
    Ertinya : Tidak beriman seseorang itu sehingga ia mengasihi
                 untuk saudaranya sebagaimana dia mengasihi
                 untuk dirinya sendiri.
3. Berkasih sayang sesama makhluk Allah.

Tahun 6: (3.4.7) Adab Menjaga Harta Benda Sekolah

Aras 1 :
1. Murid dapat menyebut contoh harta benda sekolah.
2. Menyatakan adab menjaga harta benda sekolah :
     2.1. Menggunakannya dengan cermat.
     2.2. Tidak merosakkannya.
     2.3. Mematuhi peraturan penggunaannya.
3. Berdosa merosakkan harta benda sekolah.

Aras 2 :
1. Menyatakan peraturan penggunaan harta benda sekolah .
2. Menerangkan akibat merosakkan harta benda sekolah :
2.1. Dimarahi guru.
2.2. Berlaku pembaziran.
2.3. Menyusahkan orang lain.
2.4. Dikenakan tindakan disiplin.
3. Menyayangi harta benda sekolah.
4. Harta benda sekolah hak kita bersama.

Aras 3 :
1. Menjelaskan kebaikan menjaga harta benda sekolah :
1.1. Memaksimakan manfaat yang ada.
1.2. Pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.
1.3. Mendapat penghargaan.
1.4. Menambahkan / mengekalkan keceriaan sekolah.

Tahun 6: (3.3.17) Adab Terhadap Tempat Dan Harta Benda Awam

Aras 1 :
1. Murid dapat menyebut contoh-contoh
    tempat dan harta benda awam.
2. Menyatakan adab terhadap tempat dan harta benda awam :
     1.3. Tidak menconteng.
     1.4. Tidak mengotorkan.
     1.5. Tidak membazir
3. Membentuk disiplin diri.
4. Sentiasa menjaga dan menghargai harta benda awam.
5. Wajib menjaga tempat dan harta benda awam.

Aras 2 :
1. Hikmat beradab ketika menggunakan tempat dan harta benda awam:
     1.1. Selesa dan selamat menggunakannya.
     1.2. Manfaatnya berpanjangan.
     1.3. Menjimatkan perbelanjaan.
2. Sentiasa menunjukkan sikap terbaik
    untuk menjadi contoh kepada orang lain.

Aras 3 :
1. Menjelaskan akibat mengabaikan adab-adab
    ketika menggunakan tempat dan harta benda awam :
     1.1. Menyusahkan orang lain.
     1.2. Berlaku pembaziran.
2. Membezakan perilaku yang positif dan negatif
    ketika menggunakan tempat dan harta benda awam.
3. Membaca dalil larangan melakukan kerosakan.
    Firman Allah :
         Ertinya: Allah tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan
4. Prihatin terhadap harta benda awam.
5. Haram merosak atau memusnahkan tempat dan harta benda awam.

Tahun 6: (3.3.20) Adab Rehlah

Aras 1 :
1. Murid dapat menyebut konsep rehlah
    ( Melawat ke sesuatu tempat untuk melihat
    keajaiban ciptaan Allah dan mengambil iktibar
    daripadanya).
2. Menyenaraikan tempat-tempat untuk rehlah.
3. Menyatakan adab-adab rehlah :
     3.1. Niat yang baik.
     3.2. Tempat yang sesuai dan selamat.
     3.3. Berpakaian sesuai dan menutup aurat.
     3.4. Menjaga perilaku dan keselamatan.
     3.5. Menjaga kebersihan.
4. Mengagung kebesaran dan keajaiban ciptaan Allah.

Aras 2 :
1. Menyatakan perkara yang perlu dihindari semasa rehlah :
     1.1. Pergaulan bebas.
     1.2. Berpakaian mendedah aurat / tidak sopan.
     1.3. Tidak menjaga kebersihan.
     1.4. Melakukan maksiat.
     1.5. Vandalisme.
2. Sentiasa memelihara maruah diri.

Aras 3 :
1. Menjelaskan hikmat-hikmat beradab ketika rehlah :
     1.1. Mendapat keredaan Allah.
     1.2. Keselamatan terpelihara.
     1.3. Dapat mengambil iktibar.
2. Wajib beradab ketika rehlah.

Monday, June 28, 2010

Tahun 2: (3.5.2) Adab Membaca Al Quran.

Aras 1 :
1. Menyatakan adab membaca Al Quran.
2. Mengamalkan adab membaca Al Quran.
3. Rajin membaca Al Quran.

Aras 2 :
1. Menyenaraikan faedah menjaga adab ketika membaca Al Quran.
2. Menyenaraikan perkara yang ditegah ketika membaca Al Quran.
3. Sentiasa memperbaiki / mempertingkatkan bacaan Al Quran.

Aras 3 :
1. Menyatakan akibat tidak beradab ketika membaca Al Quran.
2. Membudayakan pembacaan Al Quran.