Tuesday, June 29, 2010

Tahun 6: (3.3.18) Adab Kecintaan Kepada Negara

Aras 1 :
1. Murid dapat menyebut konsep kecintaan kepada negara.
    ( Cinta dan setia kepada negara )
2. Menyatakan adab dan kecintaan kepada negara :
     2.1. Menghormati undang-undang.
     2.2. Taat kepada pemimpin.
     2.3. Mematuhi Rukun Negara.
     2.4. Menjadi warga negara yang baik.
3. Memupuk perasaan cinta kepada negara.
4. Wajib mempertahankan negara.

Aras 2 :
1. Murid dapat menyenaraikan kebaikan mencintai negara :
     1.1. Keselamatan negara terjamin.
     1.2. Negara akan disanjung dan disegani.
     1.3. Sanggup berkorban untuk negara.
     1.4. Rahsia negara selamat.
2. Bersatu padu mempertahankan negara.

Aras 3 :
1. Menjelaskan akibat tidak mencintai negara :
     1.1. Perpaduan kaum tidak terjamin.
     1.2. Negara menjadi lemah dan mundur.
     1.3. Keselamatan negara tidak terjamin.
     1.4. Imej negara tercemar.
2. Haram mengkhianati negara.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment