Tuesday, June 29, 2010

Tahun 6: (3.4.8) Adab Menjaga Kebersihan Sekolah

Aras 1 :
1. Murid dapat menyebut adab menjaga kebersihan sekolah :
     1.1. Mematuhi peraturan sekolah mengenai kebersihan.
     1.2. Menggunakan tong / bakul sampah.
     1.3. Menggunakan tandas dengan betul.
     1.4. Menjalankan tugas di kelas sebagaimana jadual bertugas harian.
2. Menyebut sebab-sebab perlu menjaga kebersihan sekolah.
3. Prihatin dengan peraturan sekolah.

Aras 2 :
1. Menyatakan hikmat menjaga kebersihan sekolah :
     1.1. Menimbulkan keseronokan untuk belajar.
     1.2. Mengekalkan keindahan dan keceriaan sekolah.
     1.3. Menjauhkan penyakit berjangkit.
     1.4. Mengukuhkan keimanan.
     1.5. Melambangkan kesucian Islam.
2. Wajib memelihara / menjaga kebersihan.

Aras 3 :
1. Menjelaskan akibat mengabaikan adab menjaga kebersihan sekolah :
     1.1. Imej sekolah tercemar.
     1.2. Iklim sekolah tidak selesa.
     1.3. Kesihatan terjejas.
     1.4. Penyakit mudah merebak.
2. Membaca dalil naqli menyeru supaya berbuat kebaikan :
    Ertinya : Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat
                 dan menyukai orang yang suci.
3. Bekerjasama menjaga kebersihan sekolah.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment